Tokoh Guru Kebangsaan 2012 Mary_Yap_Kain_Ching

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Datuk Hassan Harun dari sekolah swasta Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Wadi Sofia, Kota Bharu, Kelantan dianugerah 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012'. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]